Monday, February 23, 2015

Sekadar luahan hati

Assalammualaikum kepada sesiapa sahaja yang pernah singgah di page ini. Semoga Allah swt merahmati dan mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat kalian. Its been a while. Tinggalkan blog ini and now im back, coz i just feels like wanna write something i can't write to others social network pages. It's about life cycle. It's about people and their perspective towards someone and people around. It's not like im way care too much about people talks behind me coz people gonna talk. And they will keep on talking. We cant stop them. Coz anyone got their right to do with their mouth. I wanna say "im kool, keep talking about me coz i dont really give a fk" but i cant coz obviously its distracting. Saya pernah lalui perubahan mengejut. Perubahan yang sangat jauh dari dunia. Perubahan baik yang sepatutnya saya kekalkan sehingga sekarang. Tapi manusia diuji, dengan pelbagai jenis dugaan. Bukan bermakna itu lesen kita untuk putus asa dalam perjuangan. Allah swt turunkan dugaan untuk menguji sejauh mana kesabaran dan sejauh mana kekuatan iman kita.  Kalau berjaya bersabar maka bersyukurlah kerana masih berada di laluan yang benar. Cuma bila kita di kelilingi insan2 yang kurang amalnya pada agama, sedikit sebanyak akan mempengaruhi kita. Walaupun sebenarnya itu adalah terpulang kepada individu tersebut. Kita faham, insan2 yang sayang kita akan tegur, sebab mahukan perjalanan seiring dunia akhirat, ingin bersatu d syurga Allah swt. Cuma kadang2, apabila perasaan takut terjebak atau dikira bersubahat dalam melakukan hal2 terlarang, kata2 dan tindakan seakan bukan satu hal yang perlu difikirkan. Lupa bahawa perasaan orang lain juga harus dijaga. Buat apa niat membimbing tapi menyebabkan orang lebih jauh dari agama. Tegur bimbing nasihat ada caranya. Jangan terlalu pentingkan diri sehingga perasaan orang lain x pula difikir. Lagi pandangan luaran bukanlah ukuran amalan seseorang itu. Nampak pakai tudung bidang 40, lalu d label macam2. Memanglah, perempuan yang baik itu yang menjaga diri, penampilan sesuai syariat yang ditentukan dalam islam. Tetap juga kita sebagai manusia biasa tidak berhak menghukum seseorang melalui luarannya sahaja. Kepada sesiapa yang berniat menegur, membimbing, carilah cara terbaik yang boleh buat seseorang itu berlembut hati menerima teguran sebab sifat manusia kebanyakkannya kuat memberontak, apalagi yang kurang faham bab perubahan. Saya, kita, kamu hanyalah manusia biasa. Yang tidak tahu bila ajal menjemput, tidak tahu sempat atau tidak, tidak tahu nasib di alam barzakh. Tapi kita mampu ubah. Semoga Allah swt permudahkan segalanya.. Semoga bimbingan  Rasulullah s.a.w dpraktikkan sebaiknya. Semoga peroleh redha dan petunjuk Allah swt... Bersabarlah wahai hati2 yang ingin berubah.. Yang inginkan cinta dan redha Allah swt serta syafaat rasulullah saw, dan ahli2 syurga, kerna sifat dunia memang penuh dengan dugaan bagi mereka2 yang tahu.. Doakan yang terbaik buat kita.. InshaAllah



Tempat mengadu sebaiknya sujud ke tikar sejadah, tapi kot2 ada orang baca, orang yang faham apa yang kita rasa, semoga peroleh ketenangan.. 

No comments: